Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Tempat letak kereta hasilkan tuaian 'ladang' komersil pertama sebanyak 500kg sayur

Mungkin anda tidak terfikir pun untuk menanam sayuran di tempat letak kereta bertingkat.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 Apr 2019 07:54PM Dikemas Kini : 07 Apr 2019 10:38PM

SINGAPURA: Mungkin anda tidak terfikir pun untuk menanam sayuran di tempat letak kereta bertingkat.

Tetapi yang pasti, sebuah 'ladang' di atas bumbung tempat letak kereta sudahpun berjaya menghasilkan lebih 500 kilogram sayur dalam tuaian pertamanya.

Ladang atas bumbung itu terletak di Blok 700 Ang Mo Kio Avenue 6 dan seluas 1,800 meter persegi atau tiga setengah saiz gelanggang bola keranjang.

Hasil tuaiannya termasuk sayur Cai xin, Nai Bai dan salada Georgina. Pengendali ladang itu, Citiponics, berharap untuk menanam sehingga 25 jenis sayur. Ia juga mengupah beberapa penghuni Rumah tumpangan AWWA untuk membantu.

Setakat ini, pelanggan pertama ladang yang diusahakan syarikat itu adalah dua cawangan pasar raya NTUC Fairprice di Ang Mo Kio.

Masjid Al Muttaqin yang berdekatan juga tidak ketinggalan menerima hasil tuaian pertama.

Anggota Parlimen GRC Ang Mo Kio, Dr Koh Poh Koon berkata memandangkan sambutan yang positif, pihaknya akan terus bekerjasama dengan HDB untuk meneroka tempat-tempat baru bagi bercucuk tanam. 

Sumber : CNA/MM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan