Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Tempahan lilin sempena Tahun Baru Cina lonjak 200% di Indonesia

Perniagaan berkembang pesat bagi para pembuat lilin di Indonesia sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Anggaran Waktu Membaca:
Tempahan lilin sempena Tahun Baru Cina lonjak 200% di Indonesia

Gambar fail lilin di sebuah pabrik di Tangerang. (Gambar: Agus S Budiawan/Facebook)

Diterbitkan : 09 Feb 2019 04:42PM Dikemas Kini : 09 Feb 2019 04:50PM

TANGERANG: Perniagaan berkembang pesat bagi para pembuat lilin di Indonesia sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Sebuah kilang lilin di luar bandar Jakarta, atau lebih tepat lagi di kota Tangerang dekat daerah Banten, misalnya menerima tempahan yang melonjak sebanyak 200 peratus tahun ini. Kilang tersebut menghasilkan lilin sejak 1998.

Prosesnya membuat lilin bermula dengan mencairkan dan menggaulkan parafin, minyak masak serta lebihan lilin yang terpakai. Pewarna kemudian ditambahkan sebelum adunannya dituang ke dalam acuan pelbagai saiz untuk dibiarkan menjadi keras. Keseluruhan proses itu mengambil masa antara empat hingga tujuh hari.

Lilin-lilin yang dihasilkan kilang di kota Tangerang tersebut juga terdiri daripada pelbagai saiz. Yang terbesar dihasilkan adalah setinggi 1.8 meter dan seberat 200 kilogram. Lilin paling kecil berharga sekitar 15,000 rupiah (S$1.45) setiap satu manakala yang paling besar boleh mencecah hampir AS$1,000 (S$1,350).

Pembuatan lilin memerlukan tenaga buruh yang intensif dan buat syarikat ini, ia mengambil seramai 25 pekerja.

Kilang tersebut memenuhi permintaan dalam pasaran domestik sahaja dan menerima pesanan daripada luar pulau Jawa iaitu sejauh daerah-daerah Sumatera Utara serta Kalimantan Barat.

Bagaimanapun perniagaan ini merupakan satu industri yang mundur dan potensi untuk menggunakan automasi dalam perniagaan adalah terhad.

"Saya tidak merancang untuk menggunakan kaedah teknologi kerana mahal juga biayanya. Kita juga lebih memilih kaedah tradisional kerana hasilnya lebih cantik," kata pemilik kilang lilin, Encik Ko Aseng. 

Sumber : CNA/FZ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan