Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Temasek kemuka bidaan S$4.1 bilion untuk kuasai pegangan saham Keppel Corp

Dana pelaburan negara Temasek Holdings pada Isnin (21 Okt) menawarkan untuk menguasai pegangan kepentingan ke atas Keppel Corp dalam satu perjanjian bernilai S$4.1 bilion yang akan menyokong konglomerat itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Temasek kemuka bidaan S$4.1 bilion untuk kuasai pegangan saham Keppel Corp

(Gambar: Reuters/Edgar Su)

Diterbitkan : 21 Oct 2019 06:32PM Dikemas Kini : 21 Oct 2019 06:33PM

SINGAPURA: Dana pelaburan negara Temasek Holdings pada Isnin (21 Okt) menawarkan untuk menguasai pegangan kepentingan ke atas Keppel Corp dalam satu perjanjian bernilai S$4.1 bilion yang akan menyokong konglomerat itu.

Temasek, yang memiliki 20.5 peratus saham Keppel, menyatakan bahawa tawaran pra-syarat itu tertakluk kepada keizinan pengawal selia setempat dan asing, yang boleh mengambil masa beberapa bulan.

Keppel, yang menjalankan pelbagai perniagaan daripada pembinaan pelantar dan projek hartanah, berdepan dengan cabaran perniagaan dalam sektor-sektor utamanya.

"Tawaran separa itu mencerminkan pandangan kami bahawa ada nilai jangka panjang dalam perniagaan-perniagaan Keppel, meskipun ada cabaran yang timbul daripada prospek perniagaan dan ekonomi pada masa ini," kata presiden Temasek International Tan Chong Lee dalam satu kenyataan.

Jika perjanjian tersebut dimeterai, Temasek akan bekerjasama dengan badan lembaga Keppel untuk menjalankan penilaian strategik ke atas perniagaannya.

Temasek menyatakan pihaknya tidak merancang untuk menyahsenarai Keppel dari bursa saham Singapura mahupun menjadikannya entiti privet.

Anak syarikat dimiliki sepenuhnya oleh Temasek secara tidak langsung akan menawarkan wang tunai S$7.35 bagi setiap saham Keppel, satu tambahan nilai premium hampir 26 peratus berbanding harga dagangannya yang terakhir iaitu S$5.84.

Saham-saham Keppel dihentikan daripada dagangan awal Isnin. Morgan Stanley adalah penasihat kewangan tunggal Temasek bagi tawaran tersebut.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan