Images
  • Taiwan halal

Taiwan giat kembangkan lagi pasaran produk halal

TAIWAN: Taiwan sedang giat mengembangkan lagi pasaran halalnya terutama kepada penduduk Muslim di Asia Tenggara.

Dasar tersebut nampaknya membuahkan hasil dengan minat perniagaan dalam pensijilan Halal sedang berkembang pesat.

Sambutan amat menggalakkan di forum pasaran Halal yang dianjurkan Majlis Pembangunan Dagangan Luar Taiwan atau TAITRA.

Forum seperti itu adalah sebahagian daripada dasar President Tsai Ing-wen
hendak meningkatkan dagangan dan pelancongan dengan negara-negara Asia Tenggara.

TAITRA menubuhkan Pusat Halal Taiwan pada tahun lalu bagi membantu pengilang tempatan mendapatkan sijil Halal.

Minat terhadap pensijilan Halal sedang berkembang pesat.

Tahun lalu jumlah syarikat yang mendapat pensijilan Halal naik 37 peratus dan jumlahnya dijangka meningkat.

Menurut Laporan Ekonomi Islam Global, menjelang 2030, kuasa membeli penduduk Muslim di Asia Tenggara dijangka mencapai AS$300 bilion.

Produk-produk Kosmetik, makanan dan farmaseutikal Taiwan adalah antara bahan-bahan eksport yang menembusi pasaran Asia Tenggara.

"Sebaliknya, Taiwan boleh juga menggunakan Malaysia atau negara-negara serantau seperti Indonesia, serta juga Singapura untuk meneroka pasaran ASEAN," kata Pengarah Dagangan, Pusat Persahabatan dan Dagangan Malaysia, Saudah Mat Isa.

Bagaimanapun sesetengah peniaga Taiwan mengatakan salah satu cabarannya adalah syarat-syarat ketat dan kos yang tinggi untuk mendapatkan sijil Halal bagi produk keluaran mereka.

Namun ada pula mengakui piawai tinggi yang diperlukan bagi pensijilan Halal membuat produk-produk mereka lebih berdaya saing di pasaran serantau. 

- Agensi berita/MM/nk

Top