Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

TAFEP, MOM siasat DFS Group selepas puluhan pekerja diberhentikan

Pihak berkuasa sedang menyiasat cara peruncit DFS Group melaksanakan pemberhentian pekerjanya, menurut sebuah agensi pemerintah yang sedang membantu para pekerja yang dihentikan kerja pada Sabtu (28 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
TAFEP, MOM siasat DFS Group selepas puluhan pekerja diberhentikan

(Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 30 Sep 2019 11:10AM Dikemas Kini : 30 Sep 2019 11:16AM

SINGAPURA: Pihak berkuasa sedang menyiasat cara peruncit DFS Group melaksanakan pemberhentian pekerjanya, menurut sebuah agensi pemerintah yang sedang membantu para pekerja yang dihentikan kerja pada Sabtu (28 Sep).

Khamis lalu, sekitar 60 pekerja DFS Group yang berpangkalan di Singapura dilaporkan diberhentikan dengan serta-merta.

Pasukan Bertindak bagi Pengambilan dan Pemberhentian Pekerja secara Bertanggungjawab menyatakan pada Sabtu bahawa ia sudah menghubungi peruncit itu dan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) juga sudahpun menerima pemberitahuan DFS tentang pemberhentian pekerja itu.

Perikatan Tiga Pihak bagi Amalan Pekerjaan Adil dan Progresif (TAFEP) juga sedang menyiasat perkara itu, menurut pasukan bertindak itu lagi.

Ia menyatakan syarikat- syarikat sepatutnya mematuhi garis pandu oleh TAFEP untuk "membantu mereka melaksanakan langkah pemberhentian pekerja secara bertanggungjawab dan sensitif".

"Kami menggesa syarikat-syarikat supaya memberi pampasan berdasarkan norma-norma sedia ada, kecuali jika mereka tidak mampu berbuat demikian atas sebab-sebab kewangan," menurut kenyataan pasukan bertindak itu.

Workforce Singapore akan menawarkan khidmat dari segi membantu mencari kerja bagi para kakitangan yang terjejas, menurut kenyataan itu lagi.

DFS Group mengumumkan pada Ogos bahawa ia tidak akan mengekalkan konsesi bebas cukai bagi penjualan arak dan tembakau di Lapangan Terbang Changi apabila tempoh sewanya tamat pada Jun depan.

Ketika itu, seorang jurucakap DFS membayangkan bahawa sebahagian kakitangan yang terjejas dengan pengundurannya daripada operasi di Changi boleh dipindahkan ke T Galleria, sebagai contoh.

Menjawab pertanyaan Mediacorp, jurucakap DFS berkata syarikat itu menghadapi "persekitaran runcit yang lebih mencabar bagi percutian global", dan ia memutuskan untuk "mengimbangi semula tenaga kerjanya di Singapura".

"Keutamaan kami sekarang adalah untuk menyokong pekerja kami semasa tempoh perubahan ini," katanya.

Dalam catatan Facebooknya pada Sabtu, Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo berkata pihak syarikat seharusnya menangani pemberhentian pekerja "dengan cara yanghbertanggungjawab dan sensitif".

Beliau berkata: "Pada pendapat saya, DFS boleh menangani langkah pemberhentian pekerja baru-baru ini dengan lebih baik, terutamanya dari segi mereka berkomunikasi dengan pekerja mereka dan bagaimana mereka menawarkan pakej pampasan."

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan