Images
  • hyflux logo
    (Gambar: Jeremy Long)

Syarikat UAE Utico serahkan tawaran mengikat untuk melabur dalam Hyflux: CEO

ABU DHABI: Syarikat prasarana awam Amiriah Arab Bersatu, Utico, sudah menyerahkan tawaran bagi perjanjian mengikat untuk melabur dalam syarikat Singapura, Hyflux.

Demikian menurut ketua pegawai eksekutif Utico, Richard Menezes, pada Ahad (12 Mei).

Tambah beliau, Utico juga akan menyediakan modal kerja dan sebarang pendanaan sementara yang diperlukan segera kepada Hyflux sebagai sebahagian daripada tawaran itu.

Awal bulan ini, Utico menyerahkan surat tidak mengikat menyatakan hasrat membuat pelaburan ke dalam Hyflux.

Pada lewat April, Hyflux mendedahkan dalam satu pemberitahuan kepada Bursa Singapura, bahawa pihaknya sedang berhubung dengan beberapa pihak dari luar negara yang berpotensi memulihkan prestasi kewangannya menerusi satu perjanjian penyusunan semula syarikat bernilai S$400 juta.

Jumaat lalu, firma rawatan air setempat itu mendedahkan Utico sebagai pihak yang menyatakan minatnya untuk membuat pelaburan itu.

- Reuters/CNA/TQ/tq

Top