Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Syarikat Thomas Cook jatuh muflis; terpaksa gulung tikar

Syarikat pengurus pelancongan dan perjalanan yang tertua di dunia, Thomas Cook, terpaksa gulung tikar setelah pihak-pihak yang memberinya pinjaman enggan memberi lampu hijau terhadap satu pakej untuk menyelamatkannya.

Anggaran Waktu Membaca:
Syarikat Thomas Cook jatuh muflis; terpaksa gulung tikar

Salah sebuah kedai syarikat pelancongan dan perjalanan Thomas Cook di tengah London. (Gambar: Daniel Leal-Olivas/AFP)

Diterbitkan : 23 Sep 2019 04:13PM Dikemas Kini : 23 Sep 2019 04:14PM

LONDON: Syarikat pengurus pelancongan dan perjalanan yang tertua di dunia, Thomas Cook, terpaksa gulung tikar setelah pihak-pihak yang memberinya pinjaman enggan memberi lampu hijau terhadap satu pakej untuk menyelamatkannya.

Thomas Cook berusia 178 tahun dan kemuflisannya menyebabkan ratusan ribu pelancong terkandas di merata dunia. Ia juga mencetuskan usaha pemindahan terbesar dalam masa aman yang perlu dilakukan Britain.

Kerajaan Britain dan Penguasa Penerbangan Awam negara itu sedang mengaturkan rancangan untuk membawa pulang lebih 150,000 rakyat Britain, pelanggan Thomas Cook, yang terkandas di negara-negara lain.

Puluhan pesawat sudahpun disewa untuk membawa mereka pulang secara percuma.

Thomas Cook menjadi muflis kerana beberapa sebab seperti persaingan perniagaan dari wadah online, perubahan pasaran pelancongan dan perrjalanan serta perkembangan geopolitik.

Syarikat itu menanggung hutang lebih AS$2 bilion (S$2.7 bilion).

Sumber : Reuters/MU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan