Images
  • ofo generic
    (Gambar hiasan: Jason Lee/Reuters)

Syarikat tempatan tuntut $700,000 dari Ofo bagi khidmat logistik yang disediakan

SINGAPURA: Sekurang-kurangnya dua syarikat di Singapura menghantar surat tuntutan kepada syarikat perkongsian basikal Ofo bagi menuntut wang yang tidak dibayar bagi khidmat logistik.

Syarikat perkongsian basikal yang berpangkalan di China dan disokong Alibaba Group itu turut berdepan dengan masalah aliran tunai dan mencetuskan kemarahan para pelanggan mereka di China yang menuntut supaya wang pendahuluan mereka dipulangkan.

Dua syarikat tempatan difahamkan tidak menerima bayaran bagi khidmat yang disediakan selama sekurang-kurangnya tiga bulan.

Jumlah yang tidak dibayar keseluruhannya melebihi S$700,000.

Sementara itu, para kakitangannya sekarang dan yang pernah bekerja dengannya berkata Ofo berhutang dengan mereka beribu-ribu dolar bagi tuntutan belanja pengangkutan, bil telefon dan lain-lain lagi untuk tempoh lebih enam bulan.  

- TODAY/AQ/aq

Top