Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Syarikat SME di S'pura kurangkan rancangan pengembangan separuh pertama tahun depan

Syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SME) di Singapura mengurangkan rancangan pengembangan pada separuh pertama tahun depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Dec 2019 08:52PM Dikemas Kini : 23 Dec 2019 11:15PM

SINGAPURA: Syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SME) di Singapura mengurangkan rancangan pengembangan pada separuh pertama tahun depan.

Ini hasil tinjauan oleh Persekutuan Perniagaan Singapura dan firma analitik Experian sedang pakar ekonomi menjagkakan kos akan meningkat memasuki tahun 2020.

Lebih 3,600 SME sektor pengilangan, pembinaan, pengangkutan, perkhidmatan perniagaan, perdagangan dan runcit menampakkan penurunan dalam jangkaan pengembangan perniagaan mereka.

Penurunan yang terbesar dihadapi dalam sektor perkhidmatan perniagaan manakala sektor pembinaan pula mencatatkan penurunan terkecil.

Sentimen yang dikongsi dalam tinjauan itu mungkin disebabkan ia dijalankan sebelum Amerika Syarikat dan China mengumumkan tercapainya fasa pertama perjanjian perdagangan.

Sementara itu, sektor pengilangan berkeyakinan tinggi tentang prestasi tahun depan, dengan peningkatan dalam perolehan, pelaburan modal, dan akses kepada kewangan.

Namun pakar ekonomi tetap memberi amaran tentang tekanan inflasi.

Tekanan inflasi tahun ini masih diperiksa dengan kadar inflasi teras 0.6% pada bulan November lalu.

Ini juga dipacu oleh kos yang berkurangan untuk elektrik, gas dan barangan runcit.

Dengan kuota buruh asing dalam industri perkhidmatan yang akan berkuat kuasa pada bulan Januari, penganalisis mengatakan ini boleh membawa kepada peningkatan dalam inflasi perkhidmatan.

Namun, tinjauan mengenai SME menunjukkan bahawa sesetengah syarikat masih menambah jumlah pekerja mereka. 

Sumber : CNA/HK/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan