Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Syarikat Shell tambah pelaburan R&D di S'pura

Syarikat Royal Dutch Shell sedang menambah pelaburannya dalam bidang kajian dan pengembangan (R&D) di negara ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Syarikat Shell tambah pelaburan R&D di S'pura

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 13 Jan 2020 10:48PM Dikemas Kini : 13 Jan 2020 10:53PM

SINGAPURA: Syarikat Royal Dutch Shell sedang menambah pelaburannya dalam bidang kajian dan pengembangan (R&D) di negara ini.

Jumlah tambahan pelaburan itu bagaimanapun tidak dinyatakannya.

Unit tersebut akan memberi tumpuan kepada proses menguji dan menghasilkan polycarbonate - sejenis polimer yang boleh digunakan bagi membuat barang-barang seperti lampu kereta dan lensa kaca mata.

Pengerusi Syarikat-syarikat Shell di Singapura, Aw Kah Peng berkata kepakaran syarikatnya dalam bidang R&D serta pengetahuan tempatan, menjadi faktor utama bagi menambah pelaburannya di negara ini.

Unit itu akan ditempatkan di Loji Kimia Shell di Pulau Jurong.

Shells menyatakan penghasilan lebih banyak jenis produk merupakan bahagian penting dalam strategi peluasan syarikat itu.

Pihaknya juga sudah menandatangani satu Memorandum Persefahaman bagi menubuhkan unit pengeluaran berskala komersil di China.  

Sumber : CNA/UR/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan