Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Syarikat SG Maju akan terima sokongan tambahan 'sekali sahaja' selama setahun

Syarikat-syarikat di bawah program SG Maju (Scale-up SG), yang bertujuan untuk mengembangkan syarikat-syarikat tempatan dengan pertumbuhan tinggi menjadi pemimpin global, akan menerima lebih banyak sokongan dari segi kos penyertaan - naik dari 70 peratus kepada 80 peratus.

Anggaran Waktu Membaca:
Syarikat SG Maju akan terima sokongan tambahan 'sekali sahaja' selama setahun

Encik Chan Chun Sing, Dr Kho Poh Koon dan Cik Josephine Teo mengunjungi firma setempat AEM Holdings pada 14 Sep 2020 (Gambar: MTI)

Diterbitkan : 14 Sep 2020 06:57PM Dikemas Kini : 14 Sep 2020 07:04PM

SINGAPURA: Syarikat-syarikat di bawah program SG Maju (Scale-up SG), yang bertujuan untuk mengembangkan syarikat-syarikat tempatan dengan pertumbuhan tinggi menjadi pemimpin global, akan menerima lebih banyak sokongan dari segi kos penyertaan - naik dari 70 peratus kepada 80 peratus - selama setahun sehingga September 2021.

Ini diumumkan oleh Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing pada Isnin (14 Sep), yang turut mendedahkan bahawa sokongan "sekali saja" itu akan meringankan tekanan aliran tunai syarikat-syarikat yang menyertai program tersebut di tengah-tengah kemelesetan ekonomi akibat pandemik COVID-19.

Ia juga adalah sebahagian daripada "langkah-langkah yang disasarkan" untuk syarikat-syarikat yang berkembang maju, tambahnya.

“Di tengah-tengah keadaan sukar ini, kami tidak akan memperlahankan usaha kami untuk membantu syarikat-syarikat yang berpotensi untuk menakluki pasaran sejagat. Malah, kami akan mempercepatkan langkah kami,” kata Encik Chan setelah mengadakan lawatan ke syarikat penyedia huraian industri semikonduktor dan elektronik AEM Holdings pada pagi Isnin bersama dengan Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo dan Menteri Negara Kanan Kesihatan Koh Poh Koon.

Diumumkan buat pertama kali semasa Belanjawan 2019, program SG Maju bertujuan untuk membantu syarikat-syarikat dengan rekod prestasi yang berkesan dan bercita-cita untuk mengembangkan perniagaan masing-masing dengan lebih pantas. Ia dimulakan Julai lalu dengan 25 peserta dan mengumumkan kumpulan kedua sebanyak 18 syarikat tempatan pada Disember 2019.

Program tersebut merangkumi tiga fasa selama dua tahun setengah, di mana syarikat-syarikat dapat bekerjasama dengan rakan kongsi dari McKinsey & Company dan PwC Singapore, dan juga saling belajar antara satu sama lain mengenai bagaimana untuk menyusun strategi dan melaksanakan rancangan bagi memacukan perniagaan.

Buat masa ini, Enterprise Singapore membiayai sehingga 70 peratus kos, dengan syarikat-syarikat menanggung bakinya.

Encik Chan juga berkata bahawa program ini bermatlamat untuk membantu lagi 50 syarikat dalam masa dua tahun akan datang.

Di bawah program ini, syarikat-syarikat perniagaan yang mengambil bahagian menjalin kerjasama dan terlibat dalam perkongsian pengetahuan. Mereka juga menjana pekerjaan kerana mereka masih terus berkembang walaupun sedang menghadapi krisis saat ini.

Kata Encik Chan: "Jadi inilah caranya bagaimana kita bercadang untuk membantu satu sama lain mengharungi masa yang sangat sukar ini, dengan Pemerintah bekerjasama dengan syarikat-syarikat kita, dan juga syarikat-syarikat kita bekerjasama dengan kesatuan pekerja untuk meneliti bagaimana kita dapat menempatkan pekerja yang diberhentikan dari satu syarikat atau satu sektor ke… sektor berkaitan sehingga mereka dapat terus mempertahankan kemampuan mereka selama ini.”

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan