Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Syarikat semikonduktor utama di S'pura akui tidak mampu penuhi permintaan cip

Syarikat-syarikat semikonduktor utama Singapura menyatakan ia tidak berupaya memenuhi permintaan bagi cip semikonduktor yang sangat tinggi pada masa ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 Mar 2021 07:41PM Dikemas Kini : 28 Mar 2021 01:11AM

SINGAPURA: Syarikat-syarikat semikonduktor utama Singapura menyatakan ia tidak berupaya memenuhi permintaan bagi cip semikonduktor yang sangat tinggi pada masa ini.

Negara ini adalah salah satu pembekal terbesar di dunia dan hampir semua kilang di sini sedang beroperasi pada kapasiti penuh di tengah-tengah kekurangan bekalan di peringkat global.

Kekurangan bekalan itu turut menjejas penjualan alat permainan Playstation 5 (PS5).

Kunjungan Mediacorp ke salah satu kedai permainan video tempatan mendapati konsol permainan itu hampir kehabisan stok, kecuali beberapa aksesori.

Jadi ia mengadakan cabutan nama bertuah untuk menentukan siapa yang layak membeli apabila stoknya tiba.

Pada bulan ini, hanya 3 peratus pelanggannya berjaya membuat tempahan awal.

Pengasasnya berkata, ketiadaan stok bagi alat PS5 turut menjejas penjualan produk-produk berkaitan seperti aksesori dan permainan.

Pembuat PS5 Sony menyatakan kelewatan tersebut akan berlanjutan kerana kurangnya bekalan. Kekurangan bekalan seperti itu belum pernah terjadi sebelum ini.

Antara sebab utamanya adalah kerana kemajuan dan pengembangan ekonomi digital ekoran COVID-19.

Syarikat GlobalFoundries yang merupakan penghasil cip ketiga terbesar di dunia dari segi pendapatan sudahpun menambah kapasiti pengeluarannya.

Ia sudahpun melaburkan S$1.5 bilion dalam usahanya ke arah itu tetapi hasilnya akan memakan masa.

Ini kerana setiap cip mengambil masa tiga bulan untuk dihasilkan dan membangunkan sebuah kilang baru mungkin mengambil masa lebih setahun sebelum ia dapat beroperasi.

GlobalFoundries menjangkakan kekurangan bekalan akan berterusan untuk selama satu atau dua tahun lagi.

Sumber : CNA/RR/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan