Images

Syarikat S'pura harus berusaha eksport huraian, bukan hanya produk, gesa Chan Chun Sing

SINGAPURA: Singapura harus berusaha mengeksport bukan saja produk-produknya, tetapi juga huraian-huraian yang boleh diperkembangkan skalanya.

Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing menyeru syarikat-syarikat tempatan untuk melakukan demikian semasa lawatannya ke syarikat agroteknologi Sky Urban Solutions pada Selasa (16 Mac).

Syarikat tersebut telah melancarkan sebuah huraian pertanian-mikro yang baru.

Ia boleh menghasilkan sehingga 100 kilogram sayuran berdaun setiap hari dengan hanya menggunakan kawasan sebesar sebuah gelanggang bola keranjang.

Ladang-mikro ini boleh diubahsuai, membolehkan negara-negara lain untuk menyesuaikan huraian tersebut kepada tanaman yang mereka perlukan.

Sky Urban Solutions telah memeteraikan dua Memorandum Persefahaman bersama syarikat-syarikat di India dan Sarawak untuk mengeksport model ladang-mikro.

Satu lagi perjanjian kerjasama strategik bersama sebuah syarikat China juga telah dicapai.

Syarikat tersebut telah membina lebih 10 ladang-mikro dan menyasar pembinaan 100 ladang seumpamanya secara global dalam masa dua tahun akan datang. 

- CNA/NZ/tq

Top