Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Syarikat S'pura ganding bahu dengan firma China, bina kepakaran e-sukan

Syarikat-syarikat Singapura ingin terus menguasai arena e-sukan yang kian berkembang di Asia Tenggara.

Anggaran Waktu Membaca:
Syarikat S'pura ganding bahu dengan firma China, bina kepakaran e-sukan

Ratusan ribu peminat e-sukan dari seluruh dunia kini di Cologne, Jerman untuk acara Gamescom, satu pertunjukan permainan e-sukan tahunan.

Diterbitkan : 21 Aug 2019 08:06PM Dikemas Kini : 21 Aug 2019 08:09PM

COLOGNE: Syarikat-syarikat Singapura ingin terus menguasai arena e-sukan yang kian berkembang di Asia Tenggara.

Firma media sukan tempatan, Orientivity, misalnya berharap untuk membina kepakaran dalam acara-acara e-sukan, yang dijangka mendapat lebih daripada 50 juta penonton Asia Tenggara menjelang 2022.

Ratusan ribu peminat e-sukan dari seluruh dunia kini di Cologne, Jerman untuk acara Gamescom, satu pertunjukan permainan e-sukan tahunan.

Namun, angka itu hanya segelintir daripada seluruh penonton e-sukan di Asia Tenggara yang menjangkau lebih daripada 30 juta penonton.

Di acara Gamescom, Orientivity menandatangani Memorandum Persefaham (MOU) dengan syarikat penerbitan China, Touch Video Live Broadcast (TVLB), bagi membangunkan kepakaran di acara-acara e-sukan.

Ini antara perancangan untuk mempelbagaikan portfolio mereka dengan menyediakan perkhidmatan penyiaran.

Sepanjang tiga tahun akan datang, Orientivity akan mempelajari daripada penyiaran acara-acara bola sepak termasuk Liga Super China yang disiarkan TVLB.

Orientivity ingin berkembang dalam bidang-bidang seperti penerbitan teknikal, persembahan dan ulasan.

Sumber : CNA/HK/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan