Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Syarikat perusahaan harus pelbagaikan tenaga kerja asing, kata Chan Chun Sing

Syarikat-syarikat perusahaan harus mempelbagaikan tenaga kerja asing mereka serta mengelak daripada bergantung kepada tenaga kerja daripada satu sumber saja, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing pada Slasa (3 Dis). 

Anggaran Waktu Membaca:
Syarikat perusahaan harus pelbagaikan tenaga kerja asing, kata Chan Chun Sing

Menteri Perdagangan dan Persusahaan Chan Chun Sing berucap di acara jamuan malam sempena memperingati dwiabad Singapura yang dianjurkan oleh SCCCI.

Diterbitkan : 04 Dec 2019 08:39AM Dikemas Kini : 04 Dec 2019 08:41AM

SINGAPURA: Syarikat-syarikat perusahaan harus mempelbagaikan tenaga kerja asing mereka serta mengelak daripada bergantung kepada tenaga kerja daripada satu sumber saja, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing pada Slasa (3 Dis).

Semasa berucap di acara jamuan malam bagi memperingati dwiabad Singapura yang dianjurkan oleh Dewan Perdagangan dan Perusahaan Cina Singapura (SCCCI), Encik Chan turut menyentuh tentang bagaimana Singapura sentiasa menawarkan peluang untuk para individu dan perniagaan global dan rantau ini.

Meskipun kepelbagaian menjadi satu daya kekuatan bagi Singapura, beliau berkata, negara ini perlu berhati-hati agar perkara itu tidak menimbulkan keretakan dalam masyarakat.

Beliau menggesa para majikan supaya terus melabur dan menyediakan pekerja dengan peluang untuk mempertingkatkan dan memajukan diri mereka.

Pada masa yang sama, Encik Chan juga menggalak starikat-syarikat perusahaan supaya mempelbagaikan tenaga kerja asing mereka dan elak daripada bergantung kepada satu sumber sahaja - atau beberapa pasaran mahupun pelanggan - untuk menjana pendapatan atau memperolehi sumber. Beliau turut menasihati perniagaan supaya jangan terlalu bergantung kepada tenaga kerja daripada satu sumber saja.

Bagi syarikat dengan pekerja asing, Encik Chan berkata lebih banyak boleh dilakukan untuk membantu mereka memahami dan menyesuaikan diri dengan "masyarakat lebih luas" serta mendapatkan penerimaan sosial.

"Perniagaan mempunyai peranan penting dalam usaha untuk meneruskan penerimaan sosial yang diperlukan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja kita dengan cara yang mampan," kata Encik Chan.

"Memandangkan norma sosial berbilang budaya kita boleh menjadi agak asing bagi pekerja sedemikian, maka itu penting untuk kita menjangkaui usaha untuk mengintegrasikan mereka ke dalam syarikat tetapi juga membantu mereka memahami dan berhubungan dengan masyarakat lebih luas," tambah beliau.

Jamuan malam SCCCI sempena memperingati dwiabad Singapura di Hotel Shangri-La dihadiri 720 orang termasuk pegawai kanan pemerintah, diplomat, pemimpin perniagaan, pertubuhan budaya dan masyarakat serta persatuan perdagangan.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan