Syarikat perlu sesuaikan diri dengan perubahan, pastikan pekerja tidak ketinggalan
Menteri Kewangan Heng Swee Keat menggesa syarikat-syarikat Singapura supaya memandang serius inovasi dan teknologi, serta jangan membiarkan para pekerja ketinggalan di tengah-tengah sekitaran yang pesat berubah.
SAN FRANCISCO: Menteri Kewangan Heng Swee Keat menggesa syarikat-syarikat Singapura supaya memandang serius inovasi dan teknologi, serta jangan membiarkan para pekerja ketinggalan di tengah-tengah sekitaran yang pesat berubah.
Encik Heng berkata demikian semasa berucap di Sidang Puncak CEO Bridge Forum di San Francisco, anjuran Dana Pelaburan Negara, GIC dan Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB).
"Perubahan teknologi yang pesat, kepantasan pihak-pihak lain mengubah model perniagaan masing-masing bermakna jika anda tidak membuat perubahan, anda akan ketinggalan di belakang.
"Jadi adalah penting pertama sekali bagi syarikat-syarikat Singapura untuk berusaha sedaya upaya untuk menghadapi perubahan-perubahan ini dengan cepat," katanya.
Encik Heng juga menyentuh mengenai hubungan tiga pihak Singapura iaitu perniagaan, kesatuan-kesatuan sekerja dan Pemerintah.
Beliau berkata sebuah pemerintah cekap yang membuat keputusan dengan cepat boleh menyediakan suasana kondusif bagi perniagaan.
Encik Heng turut berkata syarikat-syarikat dengan bantuan kesatuan-kesatuan sekerja memainkan peranan penting dalam melindungi pekerja, misalnya menerusi peningkatan kemahiran bagi membolehkan mereka kekal berdaya kerja.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.