Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Syarikat pentauliah keselamatan Jerman buka hab S$100 juta di S'pura

Syarikat Jerman yang melakukan ujian dan memberi pentauliahan keselamatan TÜV SÜD membuka hab serantaunya di negara ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 08 Sep 2021 08:40PM Dikemas Kini : 08 Sep 2021 09:09PM

SINGAPURA: Syarikat Jerman yang melakukan ujian dan memberi pentauliahan keselamatan TÜV SÜD membuka hab serantaunya di negara ini.

Hab S$100 juta itu merupakan pelaburan hartanah terbesar syarikat tersebut di luar Jerman.

TÜV SÜD turut mengumumkan kerjasama strategik untuk memacu kemampanan di samping menjadikan wadah digital lebih diyakini di Singapura.

Bangunan setinggi tujuh tingkat syarikat itu seluas kira-kira 19,000 kaki persegi.

Ia mengambil masa tiga tahun untuk dibina dan 50 peratus lebih cekap tenaga berbanding bangunan-bangunan lain syarikat itu.

Seramai 700 pekerjanya di sini, antara lain, akan melakukan ujian ke atas produk dan menjalankan latihan pentauliahan.

Bangunan itu juga mempunyai 60 makmal untuk inovasi baru dan menjadi sebahagian daripada rangkaian sejagat bidang Kajian dan Pengembangan (R&D) syarikat berkenaan.

Semasa merasmikannya siang tadi (8 Sep)Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat berkata hab itu adalah bukti rasa yakin terhadap Singapura dan masa depan rantau ini yang cerah.

"Sebagai sebuah pangkalan Global-Asia kami akan terus mengalu-alukan pelaburan di sini.
Singapura boleh menjadi gerbang bagi syarikat-syarikat global meneroka peluang di Asia dan syarikat-syarikat Asia pula boleh memanfaatkan Singapura untuk menebar sayap ke peringkat global.

"Kami berharap untuk bekerjasama dengan lebih banyak syarikat yang boleh menyumbang kepada transformasi ekonomi kami dan mencari jalan untuk bantu merangsang pertumbuhan di Asia terutamanya di Asia Tenggara," kata beliau.

Sumber : CNA/AY/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan