Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Syarikat penerbangan Asia kurangkan penerbangan ke Hong Kong sedang situasi memburuk

Beberapa syarikat penerbangan di Asia mengurangkan penerbangan ke Hong Kong untuk beberapa minggu akan datang, menurut penerbitan industri penerbangan, Roues online, ketika bantahan anti-pemerintah semakin mengganas dan mengganggu kehidupan seharian.

Anggaran Waktu Membaca:
Syarikat penerbangan Asia kurangkan penerbangan ke Hong Kong sedang situasi memburuk

Gambar fail pesawat AirAsia. (Gambar: Manan Vatsyayana/AFP)

Diterbitkan : 18 Nov 2019 08:32PM Dikemas Kini : 18 Nov 2019 08:34PM

SYDNEY: Beberapa syarikat penerbangan di Asia mengurangkan penerbangan ke Hong Kong untuk beberapa minggu akan datang, menurut penerbitan industri penerbangan, Roues online, ketika bantahan anti-pemerintah semakin mengganas dan mengganggu kehidupan seharian.

Routes Online melaporkan beberapa pengurangan penerbangan daripada Garuda, SpiceJet, AirAsia, PAL Holdings dan Cebu Air.

Pengurangan itu dibuat ketika polis Hong Kong hari ini bertindak melepaskan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan yang cuba melarikan daripada bangunan universiti yang terkepung, manakala yang lain bersenjatakan bom petrol menunggu operasi untuk menghentikan tindakan mereka.

Rusuhan itu, yang berterusan selama hampir enam bulan, dan perang perdagangan China-Amerika yang semakin meningkat telah mengheret hab kewangan Asia ke dalam kemelesetan untuk pertama kalinya dalam satu dekad.

Pada hari Isnin (18 Nov), Routes Online menunjukkan Garuda telah mengurangkan penerbangan mingguan ke Hong Kong ke empat dari 21 hingga pertengahan Disember, SpiceJet telah menggantung laluan Mumbai-Hong Kong sehingga 15 Jan dan AirAsia telah memotong penerbangan dari Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu pada bulan Disember dan Januari.

Rusuhan berlanjutan hampir enam bulan serta perang perdagangan Sino-Amerika yang semakin tegang mendorong hab kewangan Asia itu ke jurang kemelesetan untuk kali pertama dalam tempoh satu dekad.

Sumber : Reuters/EM/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan