Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Syarikat pemula, SME S'pura diseru manfaatkan program tebar sayap ke Korea Selatan

Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan, Dr Tan See Leng, melancarkan program 'Rainmaking Expand Korea' di acara Minggu Inovasi dan Teknologi hari ini (10 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 Nov 2021 07:21PM Dikemas Kini : 10 Nov 2021 08:45PM

SINGAPURA: Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan, Dr Tan See Leng, melancarkan program 'Rainmaking Expand Korea' di acara Minggu Inovasi dan Teknologi hari ini (10 Nov).

Program kerjasama antara Singapura dengan Korea Selatan itu akan membantu syarikat pemula serta syarikat kecil dan sederhana (SME) Singapura bertapak di luar negara menerusi penyediaan dana.

Ia juga memadankan syarikat-syarikat berkenaan dengan bakal pelanggan, rakan kongsi dan pelabur.

Dr Tan berkata inisiatif terbaru itu melengkapi usaha bagi menggalakan pertukaran inovasi antara kedua-dua negara, termasuk Pusat K-Startup yang dilancarkan di Singapura Julai lalu.

Setakat ini, 13 syarikat Korea sudah memanfaatkan khidmat pusat itu bagi memulakan operasi di sini.

Ia menggambarkan minat mendalam sektor niaga Korea Selatan menjadikan Singapura tapak untuk berkembang ke rantau ini.

Sumber : CNA/IQ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan