Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Syarikat pemula S'pura berhasrat tebar sayap ke negara jiran boleh jangka persaingan lebih sengit

Syarikat pemula berpangkalan di Singapura yang cuba menembusi pasaran-pasaran negara jiran kini boleh menjangkakan persaingan lebih sengit berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 30 Mar 2021 09:01PM Dikemas Kini : 31 Mar 2021 12:17AM

SINGAPURA: Syarikat pemula berpangkalan di Singapura yang cuba menembusi pasaran-pasaran negara jiran kini boleh menjangkakan persaingan lebih sengit berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Ini sedang negara-negara seperti Indonesia dan Vietnam turut membangunkan ekosistem syarikat pemulanya sendiri.

Jurang pendanaan juga antara cabaran-cabaran yang ditimbulkan oleh kajian baru Bank Dunia mengenai ekosistem syarikat pemula Singapura.

Memberi respons kepada cabaran-cabaran tersebut, Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan Dr Tan See Leng berkata pertumbuhan pantas dalam rantau ini menawarkan peluang-peluang besar bagi syarikat-syarikat pemula di sini.

Berucap di acara anjuran Masyarakat Bertindak bagi Keusahawanan hari ini,

Dr Tan berkata pemerintah sedang mempertingkatkan hubungan serantau dan global untuk membantu usahawan menembusi pasaran luar negara.

Beliau menambah, pemerintah bekerjasama dengan kedua-kedua institusi kewangan dan para pelabur^ untuk memacu pertumbuhan syarikat-syarikat pemula.

Sebuah syarikat tempatan Wateroam yang menghasilkan penapis air mudah alih antara mereka yang memanfaatkan inisiatif seperti itu.

Hasil usahasama industri dengan pemerintah, Singapura menempatkan lebih 3,600 syarikat-syarikat pemula teknologi termasuk 10 daripada 14 syarikat-syarikat yang bernilai lebih $1 bilion di Asia Tenggara.

Ia termasuk Grab dan pemilik syarikat Shopee.

Meskipun pelaburan dalam syarikat-syarikat pemula jatuh 35 peratus kepada $5.5 bilion di tengah-tengah pandemik tahun lalu, Dr Tan berkata jumlah itu hampir tiga kali ganda jumlah pelaburan lima tahun lalu. 

Sumber : CNA/SY/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan