Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Syarikat Micron Technology luaskan kemudahan, tambah lebih 1,000 pekerjaan

Syarikat pembuat cip Amerika Syarikat, Micron Technology akan meluaskan kemudahannya di Singapura serta menambah lebih 1,000 pekerjaan di sini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 04 Apr 2018 07:38PM Dikemas Kini : 04 Apr 2018 10:38PM

SINGAPURA: Syarikat pembuat cip Amerika Syarikat, Micron Technology akan meluaskan kemudahannya di Singapura serta menambah lebih 1,000 pekerjaan di sini.

Singapura adalah tapak operasi pengeluaran yang terbesar bagi syarikat itu di luar Amerika.

Peluasan kemudahan bilik bersih atau "cleanroom" itu akan dibina di tapak tanah seluas 165,000 meter persegi, bertentangan kompleks North Coast syarikat Micron.

Kemudahan baru itu dijangka dapat memenuhi keperluan pengeluaran Micron yang menghasilkan memori kilat 3D NAND yang digunakan bagi peralatan seperti telefon bijak, komputer riba dan server komputer.

Kemudahan baru itu juga akan menawarkan lebih 1,000 pekerjaan dalam tempoh lima tahun.

Micron sudah melaburkan lebih AS$15 bilion (S$20 bilion) di Singapura sepanjang 20 tahun lalu. Kini ia menggajikan lebih 7,500 pekerja di sini.

Sektor elektronik merangkumi enam peratus GDP Singapura, dan pengeluaran semikonduktor menunjukkan pertumbuhan kukuh.

Mengalu-alukan rancangan perluasan tersebut, Menteri Perdagangan dan Perusahaan S. Iswaran menekankan peri-pentingnya para pekerja bertukar kemahiran bagi menyahut cabaran pekerjaan-pekerjaan masa depan.

Sumber : CNA/AA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan