Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Syarikat kiriman catat peningkatan 25% jumlah bungkusan dalam musim perayaan

Syarikat-syarikat kiriman barang di Singapura mencatat peningkatan sekurang-kurangnya 25 peratus penghantaran bungkusan dalam musim perayaan sekarang. Ini mendorong beberapa syarikat menambah tenaga kerja dan melanjutkan masa operasi.

Anggaran Waktu Membaca:
Syarikat kiriman catat peningkatan 25% jumlah bungkusan dalam musim perayaan

Gambar fail sebuah cawangan SingPost. (Gambar: SingPost)

Diterbitkan : 22 Dec 2018 08:53PM Dikemas Kini : 22 Dec 2018 11:38PM

SINGAPURA: Syarikat-syarikat kiriman barang di Singapura mencatat peningkatan sekurang-kurangnya 25 peratus penghantaran bungkusan dalam musim perayaan sekarang.

Ini mendorong beberapa syarikat menambah tenaga kerja dan melanjutkan masa operasi untuk memastikan bungkusan-bungkusan yang dikirimkan tiba tepat pada masanya.

Pusat SingPost misalnya memproses sebanyak 580,000 bungkusan bulan lalu dan ia menjangkakan jumlah penghantaran akan meningkat kepada 600,000 hingga 700,000 pada bulan ini.

Ini memandangkan masih ramai orang membuat pembelian secara online dalam musim perayaan ini.

Antara barangan yang popular termasuk set memanah dan e-skuter.

SingPost menyatakan jumlah bungkusan yang dihantar pada hujung tahun ini meningkat kira-kira 25 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Ia mengendalikan sekitar 40,000 bungkusan dalam sehari semasa musim perayaan ini.

Oleh itu ia menambah jumlah pekerja penghantaran sebanyak 20 hingga 30 peratus serta mendapatkan khidmat syarikat-syarikat ketiga untuk membantunya.

Syarikat penghantaran lain seperti Gogovan, Lalamove dan Ninja Van turut menyaksikan jumlah penghantaran yang tinggi.

Untuk memenuhi permintaan, syarikat-syarikat tersebut melanjutkan waktu operasi serta mengambil lebih ramai pekerja.

Sumber : CNA/RR/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan