Images
  • blood test
    Gambar fail darah yang diambil. (Gambar: AFP) 

Syarikat Jepun hasilkan cip kesan pelbagai jenis barah dengan setitik darah

TOKYO: Sebuah syarikat Jepun mahu mendapatkan permohonan segera dari kerajaan untuk menjual kaedah ujian mengesan pelbagai jenis penyakit barah dengan hanya menggunakan setitik darah.

Dalam nukilan Nikkei asian Review, syarikat Toray menyatakan cip mikroRNA ciptaannya yang digunakan dalam kaedah itu adalah 100 kali lebih sensitif daripada cip-cip yang ada sekarang.

Beberapa jenis penyakit barah dapat dikesan secara serentak pada kadar ketepatan 95 peratus.

Ini bermakna kes-kes sukar seperti barah pankreas dapat dikesan lebih awal, menurut Nikkei Asian Review.

Ujian tersebut juga boleh memberikan hasil tepat daripada hanya 50 mikroliter darah, iaitu setitik darah, menurut syarikat itu.

Ini jauh berbeza daripada ujian darah bagi barah yang tersedia di Amerika Syarikat, yang memerlukan berpuluh-puluh mililiter darah, menurut Nikkei Asian Review.

- Agensi berita/MU/im

Top