Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Syarikat ini tawar pengalaman terapung-apung seperti di angkasa lepas

Apabila para penggemar angkasa lepas dalam kalangan jutawan dapat berlepas ke angkasa, kebanyakan orang hanya mampu melihat dari jauh dengan penuh rasa cemburu.

Anggaran Waktu Membaca:

SANTA MONICA, California: Apabila para penggemar angkasa lepas dalam kalangan jutawan dapat berlepas ke angkasa, kebanyakan orang hanya mampu melihat dari jauh dengan penuh rasa cemburu.

Namun, terdapat satu lagi cara untuk para penggemar angkasa lepas alami sendiri perasaan terapung-apung di angkasa seperti seorang angkasawan.

Pengalaman sedemikian boleh dilalui dengan bayaran AS$7,500 (S$10,088) setiap orang bagi perjalanan'selama 90 minit.

Melalui Zero Gravity Experience, para peserta bebas untuk melakukan aksi 'somersault' mahupun bergayut secara terbalik dalam kabin Boeing 727, menurut ketua pegawai eksekutif (CEO) Zero G Corporation Matt Gohd.

Apabila pesawat G-Force One yang diubah suai itu sampai pada ketinggian sekitar 7,300 meter, juruterbang akan mula naik lebih tinggi sehingga pesawat itu melepasi keluk parabola.

Ini menyebabkan para penumpang mengalami keadaan jatuh bebas - mereka akan berasa ringan selama 20 hingga 30 saat sehingga pesawat itu mendarat semula pada ketinggian 7,300 meter. Juruterbang kemudian akan mengulanginya sebanyak 15 kali sepanjang penerbangan itu.

Pada Rabu (15 Sep), sebuah roket SpaceX berlepas dari Florida membawa jutawan eksekutif e-komersil Jared dan Isaacman dan tiga lagi individu yang dipilih dalam penerbangan pertama, yang semuanya kru adalah pelancong, untuk mengelilingi bumi.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan