Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Syarikat digesa sokong satu sama lain dalam usaha bina tenaga kerja inklusif

Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing berkata, tidak cukup bagi syarikat-syarikat untuk melihat langkah mengambil pekerja yang kurang upaya dari lensa ekonomi atau "sesuatu yang patut dilakukan".

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 02 Oct 2019 07:32PM Dikemas Kini : 02 Oct 2019 10:24PM

SINGAPURA: Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing berkata, tidak cukup bagi syarikat-syarikat untuk melihat langkah mengambil pekerja yang kurang upaya dari lensa ekonomi atau "sesuatu yang patut dilakukan".

Bercakap di seminar perniagaan inklusif, Encik Chan berkata syarikat-syarikat, sebaliknya, harus menyemak semula bagaimana ia melihat individu kurang upaya serta sumbangan mereka.

Encik Chan berharap lebih ramai orang kurang upaya akan diambil bekerja. Namun, beliau memberi amaran langkah tersebut tidak seharusnya dilakukan sekadar untuk menunjuk-nunjuk.

Menurutnya, ada syarikat yang mendapati sukar untuk mengambil pekerja kurang upaya kerana operasi kerja tidak mudah disesuaikan dengan keadaan mereka. Bagaimanapun, ia lebih mudah bagi firma-firma lain.

Pada akhirnya, Encik Chan menekankan perlunya syarikat-syarikat menyokong satu sama lain dalam membina tenaga kerja yang inklusif.

Hampir 300 eksekutif kanan dari sektor tidak mengambil untung serta swasta menghadiri seminar tersebut.

Sumber : CNA/NF/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan