Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Sunseap bina penjana tenaga suria terapung di Woodlands

Penyedia tenaga bersih Sunseap sedang membina sistem fotovoltaik (PV) terapung luar pesisir di Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Sunseap bina penjana tenaga suria terapung di Woodlands

Pembangunan seluas lima hektar akan ditempatkan di utara Woodlands Waterfront Park, sepanjang Selat Johor. (Gambar: Sunseap)

Diterbitkan : 09 Nov 2018 03:59PM Dikemas Kini : 09 Nov 2018 08:26PM

SINGAPURA: Penyedia tenaga bersih Sunseap sedang membina sistem fotovoltaik (PV) terapung luar pesisir di Singapura.

Demikian menurut satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini (9 Nov).

Pembangunan seluas lima hektar itu terletak di utara Woodlands Waterfront Park, sepanjang Selat Johor.

"Pada asalnya, kami meninjau-ninjau tempat-tempat di sekitar Selat Johor; ringkasnya, ada kebimbangan tentang sama ada platform terapung itu akan mengapung ke tempat lain," kata Pengasas Bersama dan CEO Sunseap Group.

"Jika anda di perairan selatan, ia mungkin akan terapung ke kawasan lain yang tidak diketahui, tetapi jika ia di Selat Johor, kami dibatasi Koswe, (dalam kawasan perairan) antara Singapura dengan Malaysia - dan saya rasa Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) berpendapat ini tempat yang selamat."

Beliau menambah: "Selat Johor tidak begitu sibuk dengan kegiatan maritim berbanding perairan selatan, jadi kami juga berasa lebih yakin (dengan kawasan ini)."

Apabila selesai, sistem tenaga suria terapung lima MWp akan menjana sekitar 6,388 megawatt-jam tenaga (MWh), yang boleh diperbarui setiap tahun.

Ini bersamaan dengan menyediakan bekalan tenaga kepada 1,250 flat empat bilik, dengan pengeluaran karbon dikurangkan sekitar 2,600 tan setiap tahun, untuk 25 tahun ke depan dan seterusnya, menurut Sunseap.

Sunseap sebelum ini menguji sistem terapung terbesar PV di dunia di Kolam Air Tengeh, Singapura. 

Sumber : CNA/AQ/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan