Strategi baru bantu pekerja marin belajar kemahiran digital
Pada tahun depan, seramai 1,000 pekerja sektor marin dan luar pesisir akan meraih manfaat daripada satu strategi peningkatan kemahiran.
SINGAPURA: Pada tahun depan, seramai 1,000 pekerja sektor marin dan luar pesisir akan meraih manfaat daripada satu strategi peningkatan kemahiran.
Strategi itu bertujuan untuk membantu mereka menangani trend-trend teknologi digital dan pembuatan maju.
Demikian diumumkan oleh ketua buruh, Ng Chee Meng, hari ini (3 Dis) semasa acara Minggu Marin yang dianjurkan buat julung-julung kalinya.
Bagi melengkapkan para pekerja sektor marin dan luar pesisir dengan kemahiran digital, industri itu bekerjasama dengan institut-institut latihan utama serta kesatuan sekerja.
Encik Ng berharap ini akan pada akhirnya bantu mengubah corak industri.
Seramai 1,000 karyawan, pengurus, eksekutif dan dan teknisyen (PMET) akan meraih manfaat daripada program-program peningkatan kemahiran itu tahun depan.
Syarikat-syarikat berharap ia akan membantu membangkitkan semangat pekerja, menjadikan sektor itu lebih menarik dan juga memacu transformasi perniagaan mereka sendiri.
Tahun ini, 300 pekerja dari limbungan kapal berbeza menghadiri kursus, di mana mereka menimba pengalaman bagaimana penggunaan dron dapat meningkatkan daya penghasilan.
Sekitar 23,000 rakyat Singapura bekerja di dalam sektor marin dan luar pesisir, yang membentuk 30 peratus daripada tenaga kerja negara.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.