Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

STB ganding bahu dengan Trip.com pasarkan S'pura sebagai destinasi pelancongan

Kerjasama itu adalah yang terkini diumumkan oleh STB sedang Singapura secara beransur-ansur membuka semula sempadannya berikutan pelonggaran sekatan COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
STB ganding bahu dengan Trip.com pasarkan S'pura sebagai destinasi pelancongan

Pancaran lampu inisiatif Light for SG di Taman di Pesisiran. (Gambar: Facebook/Gardens by the Bay)

Diterbitkan : 17 Nov 2020 07:13PM Dikemas Kini : 17 Nov 2020 08:58PM

SINGAPURA: Lembaga Pelancongan Singapura (STB) sedang bekerjasama dengan penyedia khidmat percutian Trip.com Group untuk memasarkan Singapura sebagai sebuah destinasi pelancongan.

Mengumumkan Memorandum Persefahaman (MOU) selama tiga tahun pada Selasa (17 Nov), kedua-dua pihak turut mendedahkan bahawa mereka akan mereka juga akan menyesuaikan dan mempromosikan produk pelancongan, jadual perjalanan dan pengalaman bagi menampung pelbagai jenis pelancong.

Ini termasuk pelancong bebas tanpa sebarang jadual perjalanan, kumpulan riadah dan pelawat MICE (mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran).

Ia diumumkan selepas Trip.com Group menubuhkan ibu pejabat antarabangsa di Singapura baru-baru ini yang akan menumpukan perhatian kepada pemasaran, penjualan dan kajian dan pengembangan (R&D).

Kerjasama itu akan "memanfaatkan rangkaian global Trip.com Group yang berkembang pesat sebagai penyedia khidmat pelancongan antarabangsa online yang terkemuka serta keupayaannya untuk menarik pandangan mengenai tingkah laku perjalanan berdasarkan pangkalan pengguna yang besar", menurut satu kenyataan media bersama.

"Sedang Singapura membuka semula sempadannya secara bertahap-tahap dan dengan selamat, kerjasama ini akan memacu pemulihan sektor pelancongan Singapura sedang para pengguna menimbangkan untuk melakukan perjalanan dalam persekitaran COVID-19 yang baru," kata CEO STB Keith Tan.

Kerjasama itu adalah yang terkini diumumkan oleh STB sedang Singapura secara beransur-ansur membuka semula sempadannya berikutan pelonggaran sekatan COVID-19.

Sumber : CNA/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan