Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

StarHub hentikan khidmat kabel mulai Julai 2019

StarHub tidak lagi akan menawarkan khidmat kabel selepas 30 Jun 2019.

Anggaran Waktu Membaca:
StarHub hentikan khidmat kabel mulai Julai 2019

Gambar fail. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 01 Nov 2018 01:42PM Dikemas Kini : 01 Nov 2018 01:45PM

SINGAPURA: StarHub tidak lagi akan menawarkan khidmat kabel selepas 30 Jun 2019. Syarikat telko itu pada Khamis (1 Nov) menyatakan bahawa ia sedang menawarkan bantuan bagi membantu para pelanggan kabel beralih ke rangkaian gentian.

Langganan yang diberi potongan harga, router tanpa wayar percuma, khidmat menyewa kotak set atas gentian secara percuma dan nasihat bagi khidmat rangkaian rumah juga akan ditawarkan.

Pada Jun 2016, StarHub menyatakan bahawa ia akan terus menawarkan khidmat kabel televisyen dan Internet melalui rangkaian kabelnya sehingga tahun 2020.

Memberi respons kepada pertanyaan Mediacorp mengenai mengapa garis masa itu disingkatkan, StarHub menyatakan bahawa ia akan mengambil masa sekitar sembilan bulan untuk menghentikan penggunaan rangkaian HFC di merata negara serta mengembalikan lurang dan saluran bawah tanah yang disewa dari penyedia rangkaian pihak ketiga.

Pada Oktober tahun ini, StarHub mengumumkan bahawa ia akan melepaskan 300 kakitangan sepenuh masa sedang syarikat itu menjalani penyusunan semula di tengah-tengah persaingan yang semakin sengit dalam industri berkenaan.

Sekitar 300 daripada 2,500 kakitangan sepenuh masa akan terjejas akibat langkah tersebut.

StarHub sedang secara bertahap-tahap berhubungan dengan para pelanggan kabel sedia ada menerusi pelbagai cara.

Ini termasuk kiriman surat pemberitahuan, panggilan telefon dan SMS bagi memberi lebih banyak maklumat dan menyediakan bantuan mengenai peralihan kepada rangkaian gentian. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan