Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

ST Engineering dapat kontrak uji tiang lampu bijak

Singapore Technologies Engineering memenangi kontrak bernilai S$7.5 juta bagi satu projek percubaan tiang lampu bijak di Singapura. Menurut laman tender Pemerintah, projek itu merangkumi pemasangan kamera dan sensor pada tiang-tiang lampu.

Anggaran Waktu Membaca:
ST Engineering dapat kontrak uji tiang lampu bijak

ST Engineering (Gambar fail: Reuters)

Diterbitkan : 13 Oct 2018 05:21PM Dikemas Kini : 13 Oct 2018 05:26PM

SINGAPURA: Singapore Technologies Engineering memenangi kontrak bernilai S$7.5 juta bagi satu projek percubaan tiang lampu bijak di Singapura. Menurut laman tender Pemerintah, projek itu merangkumi pemasangan kamera dan sensor pada tiang-tiang lampu.

Projek tersebut adalah sebahagian daripada gagasan Negara Bijak yang dibangunkan pemerintah untuk memanfaatkan teknologi serba canggih yang direka khas bagi memperbaiki kehidupan penduduk, sambil memastikan ia tidak mencabuli privasi peribadi.

Sungguhpun demikian, pemasangan kamera pada tiang-tiang lampu yang dihubungkan dengan sofwe pengecaman wajah mencetuskan kebimbangan tentang privasi dalam kalangan pakar keselamatan dan kumpulan hak asasi.

ST Engineering melalui satu kiriman emel mengesahkan bahawa pihaknya sedang mengusahakan projek itu.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan