Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Sokongan pemerintah terhadap pendigitalan harapan utama syarikat bagi Belanjawan 2022

Sokongan pemerintah untuk membantu dalam usaha pendigitalan merupakan senarai harapan utama syarikat-syarikat bagi Belanjawan 2022. 

Anggaran Waktu Membaca:
Sokongan pemerintah terhadap pendigitalan harapan utama syarikat bagi Belanjawan 2022

Kawasan perniagaan kewangan Raffles Place di Singapura pada 20 April 2021. (Gambar: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 08 Dec 2021 06:29PM Dikemas Kini : 08 Feb 2022 05:57PM

SINGAPURA: Sokongan pemerintah untuk membantu dalam usaha pendigitalan merupakan senarai harapan utama syarikat-syarikat bagi Belanjawan 2022.

Tinjauan terbaru oleh Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) menunjukkan 37 peratus mahu pemerintah membantu membangunkan modal insan dan lagi 38 peratus memerlukan sokongan kewangan.

Namun, 43 peratus pula menyenaraikan pendigitalan sebagai sokongan utama yang diperlukan dari pemerintah.

Separuh daripada responden kekal prihatin tentang kos yang tinggi untuk meneroka teknologi baru sementara tiga daripada setiap 10 syarikat bimbang tentang kos meningkatkan kemahiran pekerja dan risiko keselamatan siber yang terbit daripada pendigitalan.

Bagaimanapun, hampir separuh daripada syarikat yang ditinjau menjangkakan ekonomi dan perniagaan akan bertambah baik tahun depan. 

Sumber : CNA/NU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan