Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

SNEF akan sumbang S$1 juta bantu pekerja bergaji rendah

Para pekerja bergaji rendah yang tidak mendapat gaji kerana perniagaan majikan mereka mengalami masalah boleh menerima bantuan kewangan.

Anggaran Waktu Membaca:
SNEF akan sumbang S$1 juta bantu pekerja bergaji rendah

(Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 23 Apr 2021 07:42PM Dikemas Kini : 23 Apr 2021 10:01PM

SINGAPURA: Para pekerja bergaji rendah yang tidak mendapat gaji kerana perniagaan majikan mereka mengalami masalah boleh menerima bantuan kewangan.

Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (SNEF) akan menyumbang S$1 juta kepada dana bantuan untuk menolong para pekerja sedemikian.

Di acara ulangtahun SNEF ke-40, Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat berkata tindakan perpaduan seperti itu akan membantu Singapura membina tenaga kerja yang berdaya tahan.

DPM Heng juga berkata bagi membantu firma-firma berkembang pasca pandemik COVID-19, pemerintah akan memperbaharui Perancangan Perubahan Industri.

Langkah itu akan membantu syarikat-syarikat beralih kepada pendigitalan dan mengubah gangguan digital menjadi peluang-peluang baru.

Encik Heng berkata Pasukan Bertindak Bangkit Lebih Kukuh sedang memuktamadkan saranan-saranan dalam hal tersebut.

Sebagai tambahan, sehingga 1,000 pekerja boleh menerima bantuan SNEF untuk mereka semula peranan dan meningkatkan produktiviti.

SNEF menyatakan ia akan membantu para majikan dalam hal-hal seperti keupayaan sumber manusia.

Sumber : CNA/SY/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan