Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

SME perlu manfaatkan platform dagang bebas tembusi pasaran luar negara, kata Chan Chun Sing

Syarikat kecil dan sederhana (SME) perlu memanfaatkan semua platform perdagangan bebas yang disediakan untuk meluaskan sayap ke pasaran luar negara.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 May 2018 07:29PM Dikemas Kini : 11 May 2018 12:55AM

SINGAPURA: Syarikat kecil dan sederhana (SME) perlu memanfaatkan semua platform perdagangan bebas yang disediakan untuk meluaskan sayap ke pasaran luar negara.

Demikian kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing semasa melawat tapak pengilang makanan SMF Food 21 hari ini (10 Mei).

Ia lawatan pertama beliau selepas memegang portfolio itu dalam rombakan Kabinet yang diumumkan baru-baru ini.

SMC Food 21 membelanjakan jutaan dolar bagi peralatan-peralatan untuk membantu meningkatkan hasil dan daya pengeluaran.

Syarikat itu menghasilkan dan membekalkan bahan-bahan yang digunakan untuk membuat coklat dan manis-manisan.

Namun untuk berkembang ke peringkat global, syarikat itu menyatakan sekadar melabur dalam teknologi sahaja tidak mencukupi.

Lantaran itu, ia memanfaatkan hubungan perdagangan Singapura dengan negara seperti China dan India untuk bekerjasama dengan syarikat berbilang negara terutama sekali yang ingin bertapak di sini.

Encik Chan berkata SME lain harus mempelajari daripada usaha SMC Food untuk menembusi pasaran luar negara.

Ini dengan menarik syarikat asing untuk berganding bahu.

Sumber : CNA/RU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan