Images
  • sme
    Para peniaga kini boleh menembusi pasaran digital secara percuma dengan aplikasi 99%SME.  

SME, peniaga manfaatkan wadah e-dagang 99%SME

SINGAPURA: Perusahaan kecil dan sederhana (SME) serta para peniaga kini boleh menjual barangan dalam talian melalui sebuah wadah e-dagang dan aplikasi telefon bimbit baru, '99%SME', yang dilancarkan hari ini (11 Jan).

Aplikasi itu, yang dirintiskan pada September lalu, dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Negara Kanan Perhubungan dan Penerangan, Sim Ann.

Dengan adanya wadah e-dagang 99%SME, para peniaga boleh menembusi pasaran digital secara percuma.

Lebih 100 perniagaan kecil sudah menyertai wadah itu, yang membolehkan para pelanggan untuk membeli-belah, serta membuat bayaran dan pilihan penghantaran.

Wadah tersebut merupakan kerjasama antara Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA), Singtel dan DBS.

Mereka yang menyertai wadah e-dagang itu juga akan diberi bantuan dari segi pemasaran produk-produk dalam talian.

Khidmat niaga-ke-niaga (B2B) wadah itu akan dilancarkan tidak lama lagi. 

- CNA/HA/ai

Top