Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

SME boleh pertingkat kecekapan jika ditempatkan di bawah satu bumbung

Menteri Negara Kanan Chee Hong Tat berkata demikian semasa lawatannya ke JTC Space di Tampines North hari ini (19 Jul). 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Jul 2018 08:20PM Dikemas Kini : 19 Jul 2018 11:26PM

SINGAPURA: Kecekapan perusahaan kecil dan sederhana (SME) boleh dipertingkat jika ditempatkan dalam ruang kerja yang sama dengan rakan-rakan kerja mereka.

Menteri Negara Kanan Chee Hong Tat berkata demikian semasa lawatannya ke JTC Space di Tampines North hari ini (19 Jul).

Satu ciri utama di kemudahan JTC adalah reka bentuknya yang fleksibel di mana syarikat-syarikat boleh meluaskan ruang kerja di atas atau di sebelah pejabat sedia ada.

Reka bentuknya akan membantu perusahaan-perusahaan dalam membuat perancangan susun atur serta proses kerja yang lebih baik terutamanya dalam industri-industri yang menggunakan peralatan besar.

Penempatan syarikat-syarikat di lokasi yang sama juga akan dapat mendorong interaksi serta kerjasama dalam kalangan syarikat-syarikat SME.  

Sumber : CNA/NT/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan