Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

SME boleh manfaatkan hingga 90% sokongan jual produk di platform e-dagang

Perusahaan kecil dan sederhana (SME) kini boleh memanfaatkan sehingga 90% sokongan untuk menjual produk mereka di platform-platform e-dagang seperti Qoo10.  

Anggaran Waktu Membaca:
SME boleh manfaatkan hingga 90% sokongan jual produk di platform e-dagang
Diterbitkan : 02 Apr 2020 09:53PM Dikemas Kini : 02 Apr 2020 10:02PM

SINGAPURA: Perusahaan kecil dan sederhana (SME) kini boleh memanfaatkan sehingga 90% sokongan untuk menjual produk mereka di platform-platform e-dagang seperti Qoo10.

Menteri Negara Kanan Perdagangan dan Perusahaan Chee Hong Tat mengumumkan inisiatif baru itu semasa melawat Taman di Persisiran pagi tadi (2 Apr).

Taman itu mengalami kemerosotan jumlah pelawatnya sejak bulan lalu kerana penularan COVID-19.

Namun ia sedang memulakan inisiatif seperti membangunkan kedai runcit online bagi menjual tanaman "terrarium".

Pemerintah berharap dengan pakej sokongan baru itu, SME boleh beralih ke pendigitalan di platform-platform e-dagang terpilih.

Menurut Encik Chee, ia merupakan satu cara membantu SME meneruskan perniagaan masing-masing.

Sekurang-kurangnya 1,000 SME akan meraih manfaat daripada inisiatif baru itu.

Dalam pada itu, platform e-dagang Qoo10 menyatakan jumlah SME yang mendaftar untuk menyertainya melonjak sejak penularan COVID-19 dan trend tersebut dijangka berterusan.

SME yang menyertai Qoo10 menerusi pakej sokongan pemerintah hanya perlu membayar $300 bagi kit pemula bernilai $3,000.

Kit itu menyediakan mereka dengan kredit pemasaran dan sokongan bagi penghasilan kandungan.  

Sumber : CNA/NF/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan