Images
  • hyflux
    (Gambar: Jeremy Long)

SM Investments batal perjanjian selamatkan Hyflux 'sejajar dengan syarat perjanjian penyusunan semula'

SINGAPURA: Syarikat Indonesia, SM Investments (SMI) pada Jumaat (19 Apr) menolak tuduhan Hyflux bahawa pihaknya melanggar satu perjanjian bersama untuk menyelamatkan syarikat rawatan air itu.

SMI juga mempertahankan tindakannya membatalkan pelan tersebut, sejajar dengan syarat-syarat perjanjian penyusunan semula Hyflux.

Isnin lalu (15 Apr), Hyflux mengumumkan bakal menyaman SM Investments di mahkamah, seminggu selepas syarikat tersebut membatalkan pelan penyusunan semula Hyflux.

Namun hari ini, SM Investments menyatakan ia tidak menerima pembatalan pelan penyusunan semula itu pada 4 April lalu kerana ia dilakukan tidak sejajar dengan syarat-syarat penyusunan semula yang dicapai dengan Hyflux.

Menurut SMI, ia membatalkan pelan penyusunan semula Hyflux hari ini berdasarkan lima kejadian yang berlaku.

Ini termasuk kegagalan Hyflux memenuhi pelbagai syarat di bawah Perjanjian Penyusunan Semula, menjelang 16 April 2019.

SMI mendakwa kegagalan tersebut secara automatik membatalkan perjanjian itu.

SMI juga menyatakan ia berhak mendapatkan semula wang depositnya.

Selain itu SMI kini akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Hyflux.

Memburukkan lagi keadaan, Maybank hari ini membatalkan Perjanjian Kerjasama dengan Hyflux, berkuatkuasa serta-merta.

Maybank adalah satu-satunya pemiutang yang dijamin bagi unit Tuaspring syarikat Hyflux.

Syarikat itu menyatakan, buat masa ini, loji Tuaspring dijangka beroperasi seperti biasa.

- CNA/AA/tq

Top