Images
  • new idea scheme
    Menteri Negara Kanan bagi Perdagangan dan perusahaan Chee Hong Tat melawat syarikat cetakan 3D, Zenyum, pada 23 Okt 2019. 

Skim Idea Baru bantu syarikat periksa peraturan yang perlu dipatuhi

SINGAPURA: Syarikat-syarikat yang ingin melancarkan idea-idea baru lagi inovatif, boleh melakukan demikian dengan lebih mudah dan cepat tidak lama lagi.

Skim Idea Baru itu membolehkan syarikat-syarikat memeriksa peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi dan membentangkan idea-idea itu ke suatu laman untuk disemak oleh panel agensi-agensi penguatkuasaan.

Skim itu diumumkan oleh Menteri Negara Kanan bagi Perdagangan dan Perusahaan Chee Hong Tat hari ini (23 Okt) semasa melawat syarikat cetakan 3D, Zenyum.

Awal dari itu, Encik Chee juga mendedahkan senarai garis panduan tentang bagaimana menggunakan teknologi tersebut dalam aspek-aspek ketenteraan dan bukan ketenteraan.

Teknologi tersebut dibangunkan oleh Majlis Piawai Singapura, Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).

- CNA/MM/na

Top