Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Skim Bantuan Pekerjaan dipertingkat dari 10% ke 25%; bantu syarikat terjejas COVID-19

Demi membantu syarikat-syarikat yang terjejas oleh langkah-langkah lebih ketat COVID-19, Pemerintah akan mempertingkat Skim Bantuan Pekerjaan (JSS) dari 10 peratus sebelum ini kepada 25 peratus bagi tempoh antara 27 September hingga 24 Oktober.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 Sep 2021 10:23PM Dikemas Kini : 24 Sep 2021 10:25PM

SINGAPURA: Demi membantu syarikat-syarikat yang terjejas oleh langkah-langkah lebih ketat COVID-19, Pemerintah akan mempertingkat Skim Bantuan Pekerjaan (JSS) dari 10 peratus sebelum ini kepada 25 peratus bagi tempoh antara 27 September hingga 24 Oktober.

Sektor-sektor yang akan dibantu termasuk sektor makanan dan minuman (F&B), gim, pawagam dan pelancongan.

Pemerintah juga akan menyediakan pengecualian sewa dua minggu bagi para penyewa kemudahan-kemudahan komersil milik Pemerintah.

Penyewa kemudahan privet pula akan mendapat agihan tunai yang cukup untuk menampung kos sewa dua minggu, di bawah Skim Sokongan Sewa (RSS).

Bagi para penjual di pusat penjaja di bawah pengurusan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) atau pihak yang dilantik NEA pula, sewa dua minggu juga akan dikecualikan.

Rizab negara tidak akan digunakan untuk membiayai kos bagi sokongan seperti ini yang berjumlah S$650 juta.  

Sumber : CNA/NA/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan