Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SkillsFuture Singapore lancar 2 kursus baru bagi pemohon kerja pertengahan kerjaya

Salah satu kursus tertumpu kepada sekitaran terbina manakala satu lagi untuk berkembang ke peringkat antarabangsa. 150 peserta dijangka raih manfaat daripadanya.

Anggaran Waktu Membaca:
SkillsFuture Singapore lancar 2 kursus baru bagi pemohon kerja pertengahan kerjaya

(Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 23 Jul 2021 07:47PM Dikemas Kini : 23 Jul 2021 07:49PM

SINGAPURA: Lebih banyak peluang latihan tersedia untuk mereka yang mahu meningkatkan kemahiran teknologi dan digital mereka.

SkillsFuture Singapore melancarkan dua kursus bagi golongan pertengahan kerjaya yang mencari pekerjaan.

Satu menumpukan kepada sekitaran terbina dan satu lagi untuk berkembang ke peringkat antarabangsa.

Kursus-kursus itu dijangka memberi manfaat kepada sekitar 150 peserta.

Program Bakat Teknologi Global bersama Politeknik Ngee Ann bertujuan melengkapkan golongan mencari kerja dengan kemahiran khusus dalam kejuruteraan perisian dan pembangunan aplikasi.

Ia akan mengembangkan bakat tempatan yang boleh menyokong syarikat-syarikat dalam operasi luar negara mereka.

Di bawah Program Transformasi Digital dalam Sekitaran Terbina itu, para peserta akan mempelajari tentang kemudahan bijak dan pengurusan bangunan mesra alam.

Terdapat juga program latihan amali tiga bulan bersama syarikat pengurusan bangunan Johnson Controls.

Syarikat itu menyatakan, kemahiran begitu menjadi amat penting sekarang, sejajar dengan Pelan Hijau Singapura.  

Sumber : CNA/EM/FZ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan