Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Singtel perluaskan rangkaian khidmat bayaran mudah alih VIA ke Jepun

Rangkaian khidmat bayaran mudah alih serantau Singtel, VIA, kini diperluaskan ke Jepun.

Anggaran Waktu Membaca:
Singtel perluaskan rangkaian khidmat bayaran mudah alih VIA ke Jepun

(Gambar fail: Reuters)

Diterbitkan : 18 Mar 2019 06:10PM Dikemas Kini : 18 Mar 2019 06:13PM

SINGAPURA: Rangkaian khidmat bayaran mudah alih serantau Singtel, VIA, kini diperluaskan ke Jepun.

Syarikat telko itu sudahpun memeterai perjanjian dengan Netstars, iaitu sebuah syarikat khidmat bayaran mudah alih yang berpangkalan di Tokyo.

Ia akan membolehkan para pengunjung untuk menggunakan dompet mudah alih mereka menerusi rangkaian VIA Singtel bagi membuat bayaran secara digital di 100,000 kedai dalam rangkaian Netstars di Jepun.

Diterajui oleh Singtel, VIA adalah sebahagian daripada usaha syarikat telko terbesar di Singapura untuk menggabungkan pasaran bayaran elektronik di rantau ini.

Lebih 1.6 juta peruncit di Thailand menyertai VIA apabila ia dilancarkan Oktober lalu.

Buat masa ini, khidmat itu disediakan di Thailand, Malaysia dan Singapura. Ia juga dijangka dilancarkan di Indonesia, India dan Filipina.

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan