Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Singtel lancar kedai 'pop-up' tanpa kakitangan pertama di S'pura

Syarikat pengendali telekomunikasi tempatan melancarkan 'UNBOXED' pada Selasa (4 Jun), iaitu kedai sementara atau 'pop-up' tanpa kakitangan yang beroperasi 24 jam sehari. 

Anggaran Waktu Membaca:
Singtel lancar kedai 'pop-up' tanpa kakitangan pertama di S'pura

Syarikat pengendali telekomunikasi tempatan melancarkan 'UNBOXED' pada Selasa (4 Jun).(Gambar: Singtel)

Diterbitkan : 04 Jun 2019 02:46PM Dikemas Kini : 04 Jun 2019 02:49PM

SINGAPURA: Syarikat pengendali telekomunikasi tempatan melancarkan 'UNBOXED' pada Selasa (4 Jun), iaitu kedai sementara atau 'pop-up' tanpa kakitangan yang beroperasi 24 jam sehari. Ini, menurut Singtel, adalah kedai pertama seumpamanya di Singapura.

Terletak di 20 Pickering Street, cawangan seluas 45 meter persegi itu dilengkapi dengan ciri-ciri digital yang membolehkan para pelanggan untuk meninjau-ninjau dan membeli telefon bimbit tanpa kontrak dan aksesori, melanggani pelan-pelan telefon bimbit serta membayar bil mereka.

"Buat julung-julung kalinya di Singapura, para pelanggan boleh meminta nasihat secara langsung daripada robot bergerak, yang dilengkapi teknologi pengecaman wajah, untuk menerima pengesyoran yang disesuaikan mengikut kemahuan peribadi; mencuba telefon-telefon; melanggani pelan-pelan telefon bimbit dengan mudah di kios-kios layan diri yang dibantu perhubungan video; dan segera mendapatkan alat-alat yang ditempah menerusi POPStation dalam kedai," menurut Singtel dalam satu kenyataan media.

Singtel menambah: "Para pelanggan boleh meninjau-ninjau dan membeli aksesori popular seperti fon kepala, sarung pelindung telefon, bank kuasa dan telefon bimbit tanpa kontrak."

Kedai itu akan berpindah tempat setiap beberapa bulan, menurut Singtel, untuk menawarkan khidmat kepada para pelanggan di kawasan-kawasan sibuk seperti hab-hab pengangkutan dan kampus-kampus sekolah.

"Integrasi digital kami menyepadukan wadah online dan offline untuk pelanggan bagi menyediakan pengalaman yang segar dan mudah kepada para pengguna," kata Encik Yuen Kuan Moon, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Consumer Singapore di Singtel.

Sumber : CNA/ZM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan