Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Singtel catat keuntungan tahunan terendah dalam 16 tahun

Singapore Telecommunications Ltd (Singtel) pada Rabu (15 Mei) mencatat keuntungan bersih tahunan paling rendah dalam tempoh 16 tahun. Ini sebahagiannya disebabkan persaingan hebat yang dihadapi oleh syarikat berkaitan di India dan Indonesia.

Anggaran Waktu Membaca:
Singtel catat keuntungan tahunan terendah dalam 16 tahun

(Gambar: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 15 May 2019 03:10PM Dikemas Kini : 15 May 2019 03:15PM

SINGAPURA: Singapore Telecommunications Ltd (Singtel) pada Rabu (15 Mei) mencatat keuntungan bersih tahunan paling rendah dalam tempoh 16 tahun. Ini sebahagiannya disebabkan persaingan hebat yang dihadapi oleh syarikat berkaitan di India dan Indonesia.

Singtel, yang merupakan pengendali telekom terbesar Asia Tenggara, mencatat keuntungan bersih S$773 juta bagi suku tahun berakhir Mac. Keuntungan bersih dasar jatuh 15 peratus kepada S$697 juta.

"Persaingan sengit menjejas pasaran di India dan Indonesia sepanjang tahun lalu," menurut kenyataan CEO Singtel Chua Sock Koong.

Tambah beliau, syarikat itu kekal optimis tentang potensi pertumbuhan dalam pasaran-pasaran berkaitan.

"Kami akan memperhebat usaha pendigitalan bagi memacu pengalaman pengguna yang lebih baik serta memperbaiki penghasilan dan struktur kos dengan merubah proses kami," kata Cik Chua.

Syarikat itu melaporkan keuntungan bersih S$3.1 bilion bagi tahun berakhir Mac berbanding S$5.47 setahun lalu yang turut mengambil kira hasil penjualan perniagaan daripada penyenaraian unit jalur lebar NetLink NBN Trust.

Para penganalisis menganggarkan purata keuntungan bersih S$3.08 bilion bagi keseluruhan tahun menurut perangkaan Refinitiv yang menunjukkan keuntungan terendah Singtel sejak tahun kewangan 2003.

Keuntungan bersih dasar bagi tahun ini menjunam 21 peratus kepada S$2.83 bilion.

Pendapatan gabungan kumpulan syarikat itu dijangka tumbuh pada kadar satu angka manakala pendapatannya sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) diramal stabil bagi tahun kewangan berakhir Mac 2020.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan