Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Singtel bakal ganding bahu dengan Grab bagi lesen bank digital S'pura

Singapore Telecommunications (Singtel) sedang bekerjasama dengan syarikat kereta sewa Asia Tenggara, Grab Holdings, bagi memohon lesen penuh perbankan digital di Singapura, dedah kedua-dua syarikat itu pada Isnin (30 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 30 Dec 2019 11:37AM Dikemas Kini : 30 Dec 2019 09:38PM

SINGAPURA: Singapore Telecommunications (Singtel) sedang bekerjasama dengan syarikat kereta sewa Asia Tenggara, Grab Holdings, bagi memohon lesen penuh perbankan digital di Singapura, dedah kedua-dua syarikat itu pada Isnin (30 Dis).

Kedua-duanya dalam kenyataan bersama menyatakan ia akan menubuhkan konsortium, dengan Grab memiliki 60 peratus dan Singtel memegang bakinya.

Ini dengan tujuan menawarkan pilihan khidmat perbankan digital.

Langkah tersebut diumumkan sedang kelonggaran terbesar bagi sektor perbankan Singapura dalam masa 20 tahun akan membolehkan bank-bank online sahaja beroperasi pada kos lebih rendah dan kemudian menyediakan khidmat-khidmat berbeza, berbanding pemiutang tradisional seperti DBS Holdings dan Oversea-Chinese Banking Corp (OCBC).

Singtel, pengendali telekom terbesar di rantau ini, dan Grab adalah antara nama yang paling dikenali di Asia Tenggara dan kedua-duanya sudah berkembang di luar perniagaan asal masing-masing.

Singtel sudah mula menembusi bidang-bidang seperti dompet mudah alih dan permainan online, manakala Grab sudah menebarkan sayap ke khidmat penghantaran makanan dan pelbagai khidmat kewangan.

"Langkah semula jadi selanjutnya adalah untuk membina bank digital yang berteraskan pelanggan, yang akan mengirimkan khidmat perbankan dan kewangan yang mudah diakses, telus dan dimampui," kata pengarah urusan kanan Kumpulan Kewangan Grab, Reuben Lai, dalam kenyataannya.

Bank pusat Singapura dijangka menawarkan sehingga dua lesen penuh digital dan tiga lesen bank borong. Bank penuh digital boleh menerima wang pendahuluan dan menawarkan khidmat kepada kedua-dua pelanggan runcit dan bukan runcit tetapi mesti diterajui syarikat yang berpangkalan di Singapura.

Bank-bank borong kebanyakannya akan memberi khidmat kepada perusahaan kecil dan sederhana.

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan