Images
  • singpost
    (Gambar fail: AFP/ROSLAN RAHMAN)

SingPost catat laba bersih S$25.7 juta pada suku pertama

SINGAPURA: Singapore Post (SingPost) pada Jumaat (2 Ogos) mengumumkan laba bersih bagi suku pertama sebanyak S$25.7 juta, selepas mengalami kerugian bersih dalam suku sebelumnya. 

Bagi suku yang berakhir 30 Jun, laba bersih yang didorong oleh pemilik ekuiti melonjak 37.2 peratus kepada S$25.7 juta berbanding tahun lalu.

Hasilnya meningkat 1.0 peratus kepada S$376.4 juta, dipacu oleh hasil penghantaran surat dan bungkusan antarabangsa lebih tinggi menerusi penghantaran e-komersil rentas sempadan.

Laba bersih bagi suku pertama naik 3.9 peratus kepada S$25.6 juta, didorong prestasi meningkat daripada syarikat dan perusahaan bersama.

Pada suku keempat, SingPost mencatat kerugian bersih sebanyak S$75.1 juta, sebahagian besarnya disebabkan bayaran kerosakan sebanyak S$98.7 juta bagi dua anak syarikat Amerika miliknya yang mengalami kerugian dan sudah dilelong sebelum SingPost keluar dari pasaran Amerika Syarikat.

Selepas melaporkan kerugian nilai wajar tinggi terhadap waran daripada sebuah syarikat bersekutu tahun lalu, SingPost tidak mencatat sebarang kerugian nilai wajar tahun ini, sedang ia menukar waran-waran itu kepada pemegangan saham langsung, dedah syarikat itu.

Hasil daripada khidmat penghantaran bungkusan di Australia, CouriersPlease, terjejas akibat nilai mata wang dolar Australia yang kian lemah.

Hasil daripada segmen hartanah SingPost, yang merangkumi hartanah komersil, penyewaan dan perniagaan penyimpanan, umumnya kekal stabil pada S$29.8 juta.

Para pemegang saham akan menerima dividen sementara sebanyak 0.5 peratus setiap saham biasa (pengecualian cukai satu peringkat) pada 30 Ogos, menurut SingPost.

- CNA/IM/im

Top