Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Sim Lim Square buat percubaan kedua penjualan kolektif

Pusat beli-belah Sim Lim Square ditawarkan bagi penjualan kolektif menerusi tender kedua menyusuli penemuan ruang terbina tambahan sebanyak 27 peratus.

Anggaran Waktu Membaca:
Sim Lim Square buat percubaan kedua penjualan kolektif

Gambar fail. (Gambar: Calvin Oh)

Diterbitkan : 16 Dec 2019 09:06AM Dikemas Kini : 16 Dec 2019 09:11AM

SINGAPURA: Pusat beli-belah Sim Lim Square ditawarkan bagi penjualan kolektif menerusi tender kedua menyusuli penemuan ruang terbina tambahan sebanyak 27 peratus.

SLP International Property Consultants Pte Ltd menyatakan bahawa pusat beli-belah itu, terletak di koridor Ophir-Rochor, akan ditawarkan bagi penjualan kolektif menerusi tender awam pada Isnin (16 Disember).

Dibina pada 1985, pusat beli-belah hak milik strata itu mempunyai tempoh pajakan 99 tahun dan terletak di atas sebidang tanah seluas 78,152 kaki persegi terdiri daripada sebuah bangunan enam tingkat, dua besmen dan 492 unit komersil.

Pusat beli-belah itu dikenali secara meluas sebagai pusat sehenti bagi barangan dan khidmat elektrik sejak tahun 1980an.

SLP menyatakan penemuan tambahan 27 peratus ruang terbina daripada keluasan 391,000 kaki persegi sedia ada kepada 499,715 kaki persegi, seperti dilihat dalam dokumen perancangan, mungkin adalah hasil sebahagian bidang tanahnya diserahkan bagi ruang simpanan jalan raya.

Syarikat itu menyatakan ini mungkin adalah sebab terdapat kawasan terbina yang lebih banyak dalam bangunan itu, tertakluk kepada pengesahan dan kelulusan pihak berkuasa.

Harga permintaan yang dianggarkan bagi Sim Lim Square menjangkau S$1.25 bilion. Tarikh akhir tender adalah pada 30 Disember 2019.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan