Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Siemens dan Alibaba bakal lancar produk digital di China

Siemens harap urusniaga itu beri peluang tembusi pasaran China

Anggaran Waktu Membaca:
Siemens dan Alibaba bakal lancar produk digital di China

Syarikat kejuruteraan Jerman, Siemens. (Gambar fail: REUTERS/Edgard Garrido)

Diterbitkan : 10 Jul 2018 08:44PM Dikemas Kini : 10 Jul 2018 08:53PM

ZURICH: Siemens bersetuju dengan syarikat gergasi online, Alibaba untuk menggunakan prasarana ‘cloud’ Alibaba untuk melaksanakan sistem operasi digital Siemens, MindSphere. Ini didedahkan Siemens, sebuah syarikat kejuruteraan Jerman pada 10 Julai.

Urusniaga itu adalah di antara beberapa perjanjian komersil China-Jerman bernilai sekitar 20 bilion euro (S$31.8 bilion). Para pemimpin kedua-dua negara menekankan komitmen terhadap satu aturan dagangan global melibatkan pelbagai pihak meskipun satu perang dagangan antara China dengan Amerika Syarikat mungkin tercetus tidak lama lagi.

Menurut Siemens dalam satu kenyataan, urusniaga tersebut akan meningkatkan industri China.

Siemens berharap kerjasama dengan Alibaba akan membantu usaha menembusi pasaran China yang merupakan pasaran ketiga terbesar syarikat itu.

Di bawah persetujuan tersebut, kedua-dua syarikat akan mula bekerjasama serta-merta dan bermatlamat menyediakan penggunaan MindSphere di sistem ‘Cloud’ Alibaba, pada tahun depan.

Sumber : Reuters/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan