Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

SICCI, Persatuan Usahawan Little India terajui usaha kumpul dana bantu krisis COVID-19 India

SICCI, Persatuan Usahawan Little India terajui usaha kumpul dana bantu krisis COVID-19 India.

Anggaran Waktu Membaca:
SICCI, Persatuan Usahawan Little India terajui usaha kumpul dana bantu krisis COVID-19 India

Pekerja kesihatan kendalikan ujian COVID-19 ke atas penduduk di pinggir Mumbai, India pada 9 Dis 2020 (Gambar: REUTERS/Francis Mascarenhas)

Diterbitkan : 27 Apr 2021 07:47PM Dikemas Kini : 27 Apr 2021 07:49PM

SINGAPURA: Persatuan-persatuan perniagaan di Singapura merancang untuk mengumpul dana bagi membantu usaha menangani krisis penularan COVID-19 yang semakin memburuk di India.

Usaha tersebut diterajui Dewan Perniagaan dan Perusahaan India Singapura (SICCI) serta Persatuan Usahawan Little India.

Mereka sedang menunggu kelulusan Pesuruhjaya Pertubuhan-Pertubuhan Amal.

Menurut SICCI, ia sudah menghubungi rakan-rakan kerjanya serta agensi-agensi pemerintah di India dan Singapura untuk mengenal pasti jenis bantuan yang amat diperlukan di India.

Buat masa ini, terdapat permintaan tinggi bagi penjana oksigen dan alat bantuan pernafasan di hospital-hospital sedang India melaporkan lebih 300,000 kes baru COVID-19 buat enam hari berturut-turut. 

Sumber : CNA/AI/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan