Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

SIA teroka cabang pendapatan dan strategi lain untuk raih keuntungan

Di tengah-tengah iklim global yang mencabar, syarikat penerbangan Singapore Airlines sedang meneroka cabang pendapatan dan strategi lain untuk meraih keuntungan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 Nov 2019 06:17PM Dikemas Kini : 07 Nov 2019 10:08PM

SINGAPURA: Di tengah-tengah iklim global yang mencabar, syarikat penerbangan Singapore Airlines sedang meneroka cabang pendapatan dan strategi lain untuk meraih keuntungan.

Namun para penganalisa berkata ia mungkin tidak cukup untuk menutup kelemahannya dalam beberapa aspek perniagaannya.

Perjanjian komersil antara Singapore Airlines dengan Malaysia Airlines akan menjadi realiti tahun depan.

Singapore Airlines memuktamadkan perjanjiannya dengan Malaysia Airlines bulan lepas untuk meluaskan lagi laluan kod penerbangan dan berkongsi keuntungan bagi penerbangan antara Singapura dengan Malaysia.

Ketua eksekutif SIA Goh Choon Phong berkata kerjasama itu bagaimanapun tertakluk kepada kelulusan kawal selia.

Sedang syarikat-syarikat penerbangan besar di Amerika Syarikat dan Eropah menggabungkan operasi mereka, SIA menyatakan langkah tersebut tidak mungkin dapat dilakukan di rantau Asia Tenggara dalam masa terdekat.

Ini sehinggalah gabungan yang lebih liberal antara syarikat-syarikat penerbangan dibenarkan di rantau ini.

Sumber : CNA/NF/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan