Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

SIA tangguh perbelanjaan S$4 bilion bagi pesawat Airbus, Boeing

Singapore Airlines (SIA) menyatakan pada Selasa (9 Feb) bahawa ia akan menangguhkan perbelanjaan bernilai S$4 bilion bagi pesawat-pesawat Airbus dan Boeing setelah mencapai persetujuan dengan kedua-dua pengeluar pesawat itu untuk menangguhkan penghantaran pesawat.

Anggaran Waktu Membaca:
SIA tangguh perbelanjaan S$4 bilion bagi pesawat Airbus, Boeing

(Gambar fail.)

Diterbitkan : 10 Feb 2021 10:38AM Dikemas Kini : 10 Feb 2021 10:42AM

SINGAPURA: Singapore Airlines (SIA) menyatakan pada Selasa (9 Feb) bahawa ia akan menangguhkan perbelanjaan bernilai S$4 bilion bagi pesawat-pesawat Airbus dan Boeing setelah mencapai persetujuan dengan kedua-dua pengeluar pesawat itu untuk menangguhkan penghantaran pesawat.

SIA sebaliknya akan menukar 14 daripada tempahannya bagi pesawat Boeing 787-10 kepada 11 lagi pesawat 777-9 bagi memenuhi keperluannya menjangkaui tahun kewangan yang berakhir pada hujung Mac 2026, menurut syarikat penerbangan itu dalam kenyataannya.

"Persetujuan dengan Airbus dan Boeing adalah tunggak utama dalam strategi kami untuk menangani kesan gangguan pandemik COVID-19," menurut Ketua Eksekutif Singapore Airlines Goh Choon Phong.

"Mereka membenarkan SIA untuk menangguhkan perbelanjaan modal dan membuat penyesuaian pada kadar kami mahu menambah kapasiti, menyelaraskan kedua-duanya dengan trajektori pemulihan yang diramalkan bagi penerbangan antarabangsa," kata Encik Goh.

SIA akan memotong perbelanjaan modalnya sebanyak S$2.2 bilion pada tahun kewangan 2020-2021 yang berakhir pada 31 Mac, S$1.7 bilion bagi 2021-2022 dan dengan jumlah yang lebih terhad dalam tempoh tiga tahun berikutnya.

Singapura tidak mempunyai pasaran perjalanan domestik dan perjalanan antarabangsa dijangka akan mengambil masa selama tiga tahun sehingga 2024 untuk bangkit semula ke paras 2019, menurut ramalan industri.

Singapore Airines pada minggu lalu mengalami kerugian bersih bernilai S$142 juta pada suku ketiga sedang jumlah penumpang menjunam 97.6 peratus disebabkan oleh pandemik COVID-19. Ini meskipun perniagaan muatan udara mencatatkan prestasi yang lebih baik di tengah-tengah pasaran yang ketat.

Keputusan untuk menukar sesetengah tempahan pesawat Boeing kepada pesawat 777-9 adalah satu dorongan bagi pembuat program 777X tetapi menambahkan lagi tekanan terhadap pesawat 787 yang lebih kecil, yang dilanda masalah pengeluaran. 

Sumber : Today/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan